[ntah aper kene aku nak blog Bahasa Melayu lak...!]
Town. Itulah destinasi kawanku yang sejak subuh tadi telah menelefonku supaya menemaninya. Buat apa? Aku pun belum pasti lagi. Namun, aku ni jenis manusia yang gemar berbakti pada kawan². Tambahan pula, aku ni jarang soal menyoal hal orang. Apa² pun Go ajer!
Tetapi, kadang-kala wajib juga aku bertanya. Maklumlah, dah beberapa kali hal yang tidak di ingini berlaku. Mula² aku disuruh menemani, lalu tanpa disedari, aku pula terbabit dalam hal peribadi kawan²ku itu. Yang paling aku tak minat, apabila lancongan² seperti ini diakhiri dengan babak menyepak dan menerjang. Fuh! Molek sungguh dipandang orang awam...
Ya lah...aku menjadi insan bukannya bertujuan untuk menjadi samseng ataupun kutu jalanan. Memang bukan itu maksud aku wujud di permukaan bumi ini. Namun, aku percaya, kita harus mampu gauli(part ni kalau korang senyum kira bullseye!) semua lapisan masyarakat dan saling bantu membantu. Dalam kitab pun ader sebut!
Berbalik semula...sedang aku menikmati air-con yang cukup nyaman di dalam bas, dalam diam aku mengatur soalan yang ingin aku acukan kepada kawanku ini. Sekali-sekala aku menjeling ke arahnya, memerhatikan wajahnya yang saling tak tumpah macam kongkang sarawak. Pelik. Kelakuan pula tak saling ubah macam kera kena belacan. Gelisah semacam. Dah lah muka macam kongkang, tabiat macam kera pula. Hmmm..oklah tu..sekeluarga pun kan?? Kalaulah tak kerana suasana dalam bas itu sempit macam tin sadin, mahu agaknya dia terloncat-loncat dan terjerit-jerit menyuruh pemandu bas di hadapan menambah tahap kelajuan bas ekspres yang kita tumpangi itu. Ekspres Tengkorak! Aku yakin, nenek kura² pun anytime boleh gigit kelajuan bas ekspres ni lah.
"Lepas shopping kau nak gi maner pulak?", selar aku tanpa memandang ke arah kawanku. Tersentak dia sekejap.
"Err...kita bukannya nak gi shopping...aku...aku nak gi buat benda lah." jawabnya tersengih-sengih.
"Buat benda apa pulak? Ngko jangan nak ajak aku buat benda merepek-repek..." sebelum aku habis berkata, kawan aku mencelah,
"Taklah. Aku taulah yang kau dah rilek nyer geng. Aku cuma nak kau temankan aku gi buat tattoo jer."
Mak oi! Selambanya bukan main. Macam ajak aku temankan dia pergi beli aiskrim pulak!
"Engkau ni buat kelakar ke buat kurang ajar!?" aku terus tinggikan suara.
"Kalau kurang ajar...meh aku cukupkan mana² bab mak bapak ko tak sempat nak ajar!"
Kawan aku hanya mampu sengih. Huh! Buruk! Sebiji macam kerang busuk!
Aku sebenarnya sedar akan perihal ini agak rumit sikit jika hendak diperbualkan secara terbuka. Maklumlah...orang Melayu...! Namun, aku juga berpendapat sebagai seorang Malay, tak harus juga aku membiarkan subjek bertebu ni dibiarkan sahaja. Kita sebenarnya, banyak kena tipu dengan simpulan² kata dan peribahasa yang tak berfaedah...seperti "Harapkan pagar, pagar makn padi!"
Seumur idop aku belum lagi aku dengar berita pagar makan padi! Kalau betul ada fenomena macam ni, mestilah pagar tu dah lama dok dalam muzium paranormal kat Shah Alam tu.
Tapi tak mengapa. Ni kira part 1 jer. Nanti aku sambung isi blog ni pada masa akan datang. Buat tokoh² Bahasa...janganlah tersinggung membaca ikatan kekata yang kasar dan kurang molek ini. Aku bersengaja demi menepati tema dan citarasa...!
Friday, December 01, 2006
Tatu
<< Home