Tatu II
Setelah habis mengenakan tatu di bahu kirinya, kawanku pun tersenyum lebar. Bangga lah tu agaknya. Apabila pembayaran dibereskan, kami pun meninggalkan kedai tatu itu tanpa berkata sepatah pun.
"Kau marah ke?" soal kawanku tadi. Raut wajahnya gelisah.
"Tak ah." jawabku dengan singkat.
"Abih kenapa senyap jer?" masih lagi gelisah agaknya kawan aku yang satu ni.
"Kau nak aku buat apa lagi? Berjoget?" jawab aku lagi, kini suara aku meninggi sedikit.
Sebenarnya bukan apa, penat aku menuggu dia. Hendak ditinggalkan sekejap, dia menghalang. Sampai lapar dan haus tekak aku dibuatnya. Apabila dah sampai ke gerai makan, pekena air teh sedikit, barulah kita bukak story. Kawan aku ternyata masih gelisah dengan perangai aku. Lantas dia bertanyakan jika aku ada bantahan tentang tatunya itu.
Kalaulah kita pandang merata-rata, sememangnya dah rami juga masyarakat muda kita ni dah bertatu. Tengok jer cerita budak² hanyut tu. Bukan sahaja bertatu, malah bersubang satu badan; khususnya kaum lelaki. Yang perempuan bersubang tu...taklah jadi cerita sangat melainkan jika bertatu. Banyak yang aku baca di akhbar dan terlihat di kaca tv iaitu keluhan dari masyarakat, terutama sekali kaum ibu bapa yang berumur sekaligus mengecam tabiat anak² muda bertatu. Berbagai hadis disebut-sebut disertai hukum-hakam mengenai tatu ini.
Salah ke...? Haram ke...?
Cuba kita renungkan.....
45:6 Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
6:51 Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa.
18:109 Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
6:114 (Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.
6:115 Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.
Buat diriku. Sudah lengkap hukum² yand ditentukan dalam Al Furqan. Sudah pun diberi garis pandu yang jelas tentang hias diri kita.
Memang benar, tiada ayat dalam kitab Al Qur'an yang menyatakan khusus tentang bersubang mahupun bertatu dan juga soal halal dan haramnya. Justeru, sebagai umat yang beriman, kita harus menentukan buat diri kita apa yang baik dan buruk dalam konteks keseluruhan kitab Al Qur'an.
Jadi...Salah ke...? Haram ke...?
<< Home